11
Apr
09

Apa beza Razaksat dan Measat satellite part I

RazakSAT merupakan sebuah satelit remote sensing dan dibangunkan hasil perkongsian kepakaran jurutera-jurutera tempatan di Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB) dan SatrecI, Korea Selatan. RazakSAT mengorbit bumi pada jarak 685 km dikenali sebagai Low Earth Orbit (LEO). The payload is Medium Aperture Camera untuk mengambil gambar permukaan bumi. Memerlukan tracking antenna di ground untuk membolehkan penerimaan data dan command control ketika satelit ini melalui ground station coverage. Keistimewaan RazakSAT adalah ia merupakan satelit remote sensing pertama di dunia yang akan mengorbit bumi di Equator Belt. Oleh yang demikian, peluangnya untuk melalui kawasan equator adalah 14 kali sehari. Manakala satelite remote sensing yang lain mengorbit secara polar, dan hanya berpeluang mengambil gambar antara 3 dan 4 kali sehari untuk negara-negara di equator.




Satelit Measat merupakan satelit komunikasi yang dibina untuk menyediakan infrastruktur perhubungan melalui satelit dan dibawah seliaan Measat Satellite Systems Sdn Bhd. Ia terletak lebih kurang 36,000km dari permukaan bumi dikenali sebagai Geostationary Orbit (GEO) dan disebabkan jaraknya yang jauh, seolah-olah satelit ini tidak bergerak dan sentiasa in-view dengan kawasan footprint di bumi. Oleh yang demikian, komunikasi secara berterusan dapat dilaksanakan sepanjang masa. Tapi tertakluk kepada propagation and atmospheric losses. Payload utk satelit ni dikenali sebagai transponder. Terdapat beberapa siri satelit measat yang telah dan akan dilancarkan di orbit. Saiz dan kapasiti sub-sistem utk keluarga satelit ni lebih besar berbanding dengan LEO satelit.


0 Responses to “Apa beza Razaksat dan Measat satellite part I”


  1. No Comments

Leave a Reply




Shoutbox




Advertisements


c9h9y9 Readers



Tag Awan

::My Search Engine

My Archives

My Categories

Your Network

ip information

Sponsored by