18
Apr
09

Pelancaran RazakSAT ditangguhkan

Source: Utusan Malaysia

Masalah teknikal: Pelancaran RazakSAT ditangguh

PUTRAJAYA 17 April – Pelancaran satelit RazakSAT yang dijadualkan pada Selasa ini di Kwajalein Atoll, Republik Kepulauan Marshall terpaksa ditangguhkan ekoran kerosakan teknikal pada kenderaan pelancarnya, Falcon 1.

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Abdul Hanan Alang Endut berkata, syarikat Space Exploration Technology (SpaceX) yang bertanggungjawab melancarkan satelit itu mendapati data gegaran yang akan dialami oleh RazakSAT sekiranya dilancarkan tidak mampu ditampung oleh kenderaan pelancar tersebut.

”Walaupun kenderaan pelancar itu berjaya melalui ujian pembakaran statik semalam, SpaceX mendapati data gegaran yang dialami Falcon 1 adalah pada tahap yang kurang selamat untuk RazakSAT dilancarkan.

”Bagaimanapun, RazakSAT telah melalui kerja-kerja persiapan akhir untuk pelancaran dengan licin dan sempurna sejak beberapa minggu lalu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Satelit penderiaan negara yang kedua itu akan ditempatkan dalam kedudukan Orbit Hampir Khatulistiwa (NEO) dengan kawalan misi di Ibu Pejabat SpaceX di Los Angeles.

Ia akan mengambil alih fungsi TiungSat-1 yang tamat tempoh penggunaannya beberapa tahun lalu dengan kelebihan merakamkan imej empat hingga tujuh kali dalam tempoh sehari.

Sehubungan itu, Abdul Hanan memberitahu, kerja-kerja teknikal yang perlu dilakukan kepada kenderaan pelancar tersebut dijangka mengambil masa kira-kira enam minggu.

”Tarikh pelancaran baru akan diumumkan sebaik sahaja Falcon 1 didapati sedia dan selamat untuk dilancarkan,” katanya.

Other Sources;

  1. Bernama News
  2. NST

0 Responses to “Pelancaran RazakSAT ditangguhkan”


  1. No Comments

Leave a Reply




Shoutbox




Advertisements


c9h9y9 Readers



Tag Awan

::My Search Engine

My Archives

My Categories

Your Network

ip information

Sponsored by